TEKNIK MEMANASKAN BADAN Bahagian Kepala; - Pergerakan yang dilakukan dengan mendongakkan kepala ke atas dan jari-jari tangan menyokong di bahagian mandible. - Pergerakan yang dilakukan dengan menundukkan kepala ke bawah dengan tangan menekan kepala dari atas. - Pergerakan yang dilakukan dimana kepala dipusingkan ke bahagian kiri dan kanan dengan tangan sedikit menolak di bahagian maxilla. - Pergerakan yang dilakukan dengan memusingkan kepala dengan menggunakan sendi putar/paksi. Bahagian Tangan Dan Bahu; - Pergelangan tangan digerakkan ke atas dan ke bawah. - Pergerakan lengan ke arah dada, b ahagian tulang humerus dirapatkan ke bahagian dada. - Pergerakan membengkokkan lengan di belakang cranium. - Dua tangan diregangkan ke atas, p ergerakan ini dilakukan dengan meregangkan kedua-dua belah tangan ke atas dan kaki melakukan aktiviti seperti palantar fleksi. - Membengkokkan pinggang ke hadapan (pergerakan flexsion). ...
Comments
Post a Comment